Kerajaan pandang serius isu anggota badan bangkai harimau dicuri

Kerajaan pandang serius isu anggota badan bangkai harimau dicuri

NIK Nazmi Nik Ahmad ketika berucap di majlis sambutan Hari Burung Enggang Kebangsaan di Elmina Sales Gallery, Shah Alam di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan memandang serius insiden harimau mati dilanggar dengan bangkai yang dijumpai banyak bahagian anggota badannya hilang.

Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pemandu lori yang melanggar mati haiwan itu  telah dikenal pasti oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut beliau, pemandu lori tersebut hanya melanggar harimau tetapi sebahagian anggota harimau itu telah dicuri oleh pihak lain.

“Antara bahagian kulkas yang hilang ialah empat batang taring, kuku pada kaki, kulit ekor dan kulit kepala,” kata beliau selepas sambutan Hari Burung Enggang Kebangsaan, di sini hari ini. 

Terdahulu media melaporkan seekor harimau belang ditemukan mati dengan tubuhnya hancur digilis lori di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa Sabtu lalu.

Kata Nik Nazmi, kerja-kerja pengumpulan bangkai harimau sedang dilakukan sebelum dihantar ke Institut Biodiversiti (IBD) Lanchang, Pahang bagi proses pengawetan khususnya bahagian kepala mamalia itu.

Beliau berkata, kerajaan telah meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Pindaan) 2022 (Akta A1646)  bagi jenayah membabitkan hidupan liar termasuk menyeludup, menyimpan dan memburu bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada pelakunya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya