PETALING JAYA: Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan memperkenalkan aliran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada peringkat umur yang lebih muda seperti sedang dilaksanakan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada masa ini, aliran TVET dalam sistem pendidikan negara diperkenalkan kepada pelajar peringkat menengah pada usia 16 tahun berbanding UAE yang telah memasukkan aliran tersebut untuk pelajar berusia 11 tahun.
“Ini memerlukan komitmen dariKerajaan akan mempertimbangkan cadangan memperkenalkan aliran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada peringkat umur yang lebih muda seperti sedang dilaksanakan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE).pada pihak kerajaan dan kedua-dua kementerian (Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi) serta ibu bapa apabila mereka menjadikan TVET sebagai pilihan utama untuk anak-anak mereka.
“Saya akan perhalusi (kemungkinan ini) kerana saya tidak mahu menggegarkan sistem pendidikan sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan.
Kelmarin, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara melawat Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Abu Dhabi (ACTVET) dan bertemu Ketua Pengarahnya, Dr. Mubarak Saeed Al Shamsi bersama barisan kepimpinan tertinggi mereka.
Menurut Ahmad Zahid, lawatan tersebut telah membuka peluang ke arah memperkukuh kerjasama antara ACTVET dan Majlis TVET Negara (MTVET) bagi mempertingkatkan sistem pendidikan vokasional di Malaysia.
“Di ACTVET, pengambilan pelajar bermula seawal usia 11 tahun, meningkat melalui tahap kemahiran dan mencapai piawaian yang diiktiraf di peringkat global seperti WorldSkills. Komitmen terhadap kecemerlangan ini mencerminkan aspirasi kita untuk MTVET di Malaysia,” katanya.
Dengan mengadaptasi amalan terbaik ACTVET, beliau berkata, Malaysia dan UAE bercita-cita untuk membangunkan sistem TVET berkualiti tinggi yang bukan sahaja melengkapkan pelajar dengan kemahiran praktikal tetapi juga dapat membentuk keyakinan dan perasaan bangga kepada mereka yang mengikuti pendidikan TVET.
“Malaysia berharap kerjasama dengan ACTVET dapat terus diperkukuh melalui program latihan bersama, pertandingan kemahiran dan pertukaran pengetahuan.
“Usaha yang dilakukan ini sangat penting ke arah menjadikan sistem TVET Malaysia sebagai sumber kebanggaan negara, membentuk ketahanan, dan daya saing global,” ujarnya lagi. – UTUSAN