Kerajaan akan dakwa, tidak tutup media sosial jika gagal dapat lesen 

Kerajaan akan dakwa, tidak tutup media sosial jika gagal dapat lesen 

FAHMI Fadzil pada Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menutup sebarang platform media sosial sebaliknya pengendalinya akan didakwa susulan gagal mendapatkan lesen yang dikuatkuasakan bermula 1 Januari tahun depan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, berpandukan kepada kuasa dan akta sedia ada, platform yang gagal mendapatkan lesen boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk kompaun sehingga RM250,000.

Jelas beliau, kes tersebut juga boleh dirujuk ke mahkamah dan dendanya boleh mencecah sehingga RM500,000 atau penjara lima tahun.

“Lesen ini hanya tidak akan terpakai pada syarikat-syarikat atau individu, ia hanya terpakai kepada penyedia platform-platform seperti Facebook, WhatsApp, Instagram dan bukan kepada pengguna. Ini perkara yang saya harus jelaskan.

“Tapi pada masa sama, apakah kesan sekiranya platform ini gagal untuk dilesenkan menjelang 1 Januari 2025? Adakah kerajaan akan berhasrat menutup platform terbabit?

“Jadi, pada waktu ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menutup (platform media sosial),” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) yang menyatakan adakah kerajaan telah mengambil kira impak dengan peraturan baharu ini untuk memulakan lesen terhadap perniagaan kecil tempatan dan juga individu yang menggunakan platform untuk menjana pendapatan.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, aspek keselamatan data pengguna media sosial adalah perkara yang merisaukan dan atas sebab itu, penguatkuasaan pelesenan ini dijayakan kerajaan.

“Inilah antara sebab mengapa kita sentiasa berwaspada dan berhati-hati tentang kandungan yang kita muat naik dalam platform media sosial termasuk maklumat peribadi.

“Ini antara perkiraan kerajaan (kepada platform media sosial) di mana mereka perlu mengimbangi antara inovasi dan lebih penting, keselamatan data rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya