Kepelbagaian bangsa dalam dunia K-Pop - Utusan Malaysia

Kepelbagaian bangsa dalam dunia K-Pop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNIA hiburan K-Pop sinonim dengan kepelbagaian muzik, fesyen dan tarian.

Dan kebelakangan ini, industri hiburan terbesar dunia itu menyaksikan kemunculan kumpulan-kumpulan yang dianggotai oleh penyanyi yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Meskipun trend ini menerima kritikan dari pelbagai pihak, kumpulan-kumpulan berkenaan tetap mengumpul peminat tersendiri.

Berikut kami senaraikan kumpulan K-Pop yang dianggotai bukan orang Korea Selatan.

BLACKSWAN

Kumpulan wanita yang diperkenalkan pada tahun 2020 ini bernaung di bawah label DR Music

Blackswan dianggotai lima anggota yang kesemuanya bukan orang Korea. 

Mereka terdiri daripada NVee yang berasal dari Amerika Syarikat (AS), Gabi (Brazil), Sriya (India) dan Fatou (Senegal).

Meskipun tidak dianggotai orang Korea, Blackswan tetap berjaya mencipta nama menerusi muzik dan persembahan yang mereka tampilkan.

HONEY POPCORN

Honey Popcorn membuat kemunculan pertama pada tahun 2018 menerusi album sulung, Bibidi Babidi Boo.

Kumpulan ini menampilkan kelainan apabila kesemua anggotanya merupakan orang Jepun.

Mereka terdiri daripada Yua Mikami, Moko Sakura dan Matsuda Miko.

Meskipun sebelum ini pernah dikritik media Korea gara-gara penglibatan anggotanya dalam filem dewasa, Honey Pop Corn tetap berjaya menambat hati peminat.

EXP EDITION

Kumpulan ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 2017 menerusi single, Feel Like This.

Anggotanya terdiri daripada Frankie, Koki, Hunter dan Sime.

Populariti mereka melonjak apabila diiktiraf sebagai kumpulan K-Pop pertama yang dianggotai bukan orang Korea.

Penubuhan Exp Edition adalah menerusi program I’m Making A Boy Band yang dipelopori artis terkenal Bora Kim, Karin Kuroda dan Samantha Shao.

Meskipun dihujani kritikan, kumpulan ini bertahan dan berjaya menempah nama dalam industri hiburan Korea.

KAACHI

Kaachi merupakan kumpulan K-Pop pertama yang dianggotai orang Eropah. 

Kumpulan ini yang dianggotai Nicole, Coco, Dani dan Chunseo diperkenalkan pada tahun 2020 menerusi single, Your Turn.

Seperti kumpulan K-Pop yang dianggotai bangsa asing yang lain, kumpulan ini juga dihujani pelbagai kritikan.

Kecaman bertubi-tubi dilemparkan gara-gara ketidakfasihan dan kurang kefahaman anggotanya terhadap bahasa dan budaya Korea.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya