Kepala air punca tiga pegawai JKR lemas - Utusan Malaysia

Kepala air punca tiga pegawai JKR lemas

MANGSA yang lemas dalam kejadian kepala air di Sungai Jahang di Gopeng semalam, Suhaili Mat Saad (gambar atas), Mohamad Khairul Hakim Hamidi (kiri) dan Muhammad Ikram Abdul Bari. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Kejadian kepala air  ekoran hujan lebat punca tiga pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) lemas semasa melakukan aktiviti berakit meredah jeram (water rafting) di Sungai Jahang, Gopeng pada pukul 3.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, hujan yang berterusan telah menyebabkan air Sungai Jahang meningkat dengan mendadak.

“Situasi itu menyebabkan bot dinaiki oleh enam penumpang termasuk seorang jurupandu secara tiba-tiba telah terbalik.

“Kesemua mangsa dihanyutkan arus deras dan tiga mangsa tidak dapat diselamatkan kerana lemas,” katanya di sini.

Katanya, kaunter aduan Balai Polis Gopeng telah menerima maklumat awal daripada pemilik sebuah resort berkenaan kejadian kejadian bot white water rafting telah terbalik pada pukul 5.50 petang.

Terdahulu, Mohamad Nazri berkata, empat bot untuk aktiviti lasak itu daripada sebuah resort membawa 21 penumpang, lima jurupandu dan seorang jurugambar.

“Seramai tujuh peserta daripada JKR Langkawi sementara 14 peserta dari JKR Jabatan Kerja Raya (JKR) Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

“Keadaan sungai semasa permulaan air masih sesuai untuk aktiviti white water rafting namun air telah mula nampak keruh sebelum naik secara mendadak,” katanya.

Ujarnya, ketika aktiviti diadakan sebuah bot telah terbalik dan tujuh mangsa telah hanyut lebih kurang 800 meter dari tempat terbalik.

“Tiga mangsa itu tidak dapat menyelamatkan diri dan telah meninggal dunia sementara lain-lain peserta,, jurupandu dan jurugambar selamat,” katanya.

Tiga kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang lemas ketika aktiviti berakit meredah jeram (water rafting) di Sungai Jahang, Gopeng dekat sini ialah Allahyarham Mohamad Khairul Hakim Hamidi dan Allahyarham Muhammad Ikram Abdul Bari masing-masing berumur 37 dan 29 tahun yang merupakan kakitangan JKR Langkawi, Kedah.

Selain itu, Allahyarham Suhaili Mat Saad yang berumur 47 tahun, bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang menetap di Kampung Teluk Sungai Kecil, Nibong Tebal, Pulau Pinang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya