Kepada tidak berjaya, teruskan perjuangan - Muhyiddin

Kepada tidak berjaya, teruskan perjuangan – Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kini masa untuk semua kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertaut semula dan memperkukuh parti demi memastikan kelangsungan perjuangannya dan menghadapi cabaran yang lebih besar.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua barisan kepemimpinan telah dipilih dalam pemilihan khususnya Majlis Pimpinan Tertinggi, sayap-sayap Srikandi, Armada, Srikandi Muda dan Ketua-Ketua Bahagian perlu mengalas amanah dan tanggungjawab untuk mengemudi parti dengan sebaik-baiknya.

“Alhamdulillah, proses pemilihan Bersatu telah selesai dengan sempurna. Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya memenangi pemilihan kali ini. Kepada yang tidak berjaya, teruskan perjuangan.

“Inilah masa untuk kita bertaut semula dan perkukuhkan parti demi memastikan kelangsungan perjuangan parti dan menghadapi cabaran yang lebih besar di hadapan kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keputusan rasmi pemilihan Bersatu menyaksikan bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden parti itu bagi penggal 2024-2027.

Selain beliau, Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin diumumkan secara rasmi mengekalkan jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.

Sementara itu, beberapa nama besar tersenarai sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, dalam keputusan penuh yang diumumkan petang tadi.

Antara terpilih Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Ahli Parlimen Machang), Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Ahli Parlimen Indera Mahkota), dan Datuk Rosol Wahid (Ahli Parlimen Hulu Terengganu).

Turut terpilih Dr Afif Bahardin (Adun Taman Medan), Dr Yadzil Yaakub (Adun Bemban), dan Datuk Dr Sahruddin Jamal (bekas Menteri Besar Johor).

Sebelum ini, Muhyiddin diumumkan kekal sebagai Presiden manakala Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut menang tanpa bertanding jawatan Ketua Srikandi manakala jawatan Ketua Armada dimenangi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham selepas mengatasi pencabarnya, Akmal Zahin Zainal Zahir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya