Kementerian berkaitan diarah ambil tindakan segera, elak eksploitasi AI

Kementerian berkaitan diarah ambil tindakan segera, elak eksploitasi AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian berkaitan diarah mengambil tindakan segera bagi memastikan ketirisan data serta eksploitasi melibatkan kecerdasan buatan (AI) tidak berlaku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melalui perbincangan bersama syarikat teknologi gergasi Google, aspek pemerkasaan ekosistem AI dan pusat data akan diberi perhatian terutama melibatkan undang-undang.

“Di sela-sela Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2024, saya turut berkesempatan mengadakan perbincangan dengan syarikat teknologi gergasi, Google khususnya terkait AI. 

“Aspek pemerkasaan ekosistem AI dan pusat data perlu diberi perhatian sewajarnya, Jadi, saya mengarahkan kementerian berkaitan mengambil tindakan segera bagi memastikan kesan dapat dikawal,” katanya dalam sesi bertajuk ‘Peluang dan Cabaran dalam Revolusi Al sempena  Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) APEC di Peru.

Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya