Kembar Siam Nita dan Niza berjaya dipisahkan

Kembar Siam Nita dan Niza berjaya dipisahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 17 November 1984, Utusan Malaysia melaporkan pasangan ‘kembar Siam’, Nita dan Niza berusia tiga tahun yang dilahirkan berkeadaan melekat pada bahagian punggung dan perut berjaya menjalani pembedahan di Hospital Besar Kuala Lumpur selama 10 jam.

Kejayaan pembedahan tersebut menggembirakan ibubapa pasangan kembar berkenaan iaitu Selani Kadri, 58, dan isterinya, Siti Aishah Awang, 38, yang tinggal di Kampung Parit Antara Dua, Bagan Serai, Perak.

Antara peristiwa lain yang menarik.

* 17 November 1982 – Kerajaan Negeri Pahang disaran mempermodenkan lagi pekan kecil Karak seiring dengan perkembangan Lebuh Raya Pantai Timur.

* 17 November 1983 – Penyair dari Indonesia, Sapardi Djoko Damono diumumkan pemenang Anugerah Puisi Putra II anjuran bersama Bank Bumiputra dan GAPENA.

* 17 November 1984 – CUEPACS menghantar permohonan rasmi kepada Setiausaha Agung Gabungan Antarabangsa Kesatuan Sekerja Bebas (ICFTU)
untuk bergabung dengan pertubuhan berkenaan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya