Kemalangan Putrajaya: Jenazah Nurulhuda sudah dituntut

Kemalangan Putrajaya: Jenazah Nurulhuda sudah dituntut

JENAZAH Nurulhuda sudah dituntut keluarga di Hospital Putrajaya. - UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jenazah Nurulhuda Ramli yang merupakan antara empat individu maut dalam kemalangan berhampiran IOI Conezion Putrajaya dekat sini, awal pagi tadi, telah dituntut oleh ahli keluarga.

Jenazah Nurulhuda, dituntut selepas pihak Jabatan Forensik Hospital Putrajaya selesai menjalankan bedah siasat terhadap mangsa kira-kira pukul 6.40 petang.

Ahli keluarga yang ditemui pemberita di jabatan berkenaan memaklumkan jenazah Nurulhuda akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak.

Dalam kejadian berkenaan selain Nurulhuda, turut meninggal dunia adalah Muhammad Danial Mohd Nuzi, 24, Amizan Sapiie, 27, dan Nizasuhana Ujang, 28.

Terdahulu, polis mengesahkan empat individu maut dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 1.20 pagi.

Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kemalangan membabitkan Perodua Viva yang dipandu dari arah Kajang hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar penghadang jalan berhampiran susur masuk pusat komersil berkenaan.

Katanya, pemandu serta tiga lagi penumpang kenderaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kesemua dibawa ke Hospital Putrajaya bagi tujuan bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya