Keluarga mahu tindakan undang-undang diambil terhadap pemandu lori - Utusan Malaysia

Keluarga mahu tindakan undang-undang diambil terhadap pemandu lori

TANGKAP layar, rakaman lori tersebut yang mengundur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Keluarga kepada penunggang motosikal yang meninggal dunia selepas dilanggar sebuah lori yang bergerak secara mengundur di Jalan Kerinchi, Bangsar semalam merancang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pemandu lori terlibat.

Abang mangsa, Muhammad Hanif Sehat berkata, dia tidak pasti ketika kejadian adiknya Muhammad Hanis Sehat, 32 ingin kemana.

Katanya, dia hany mengetahui insiden itu sekitar pukul 10 pagi.

“Kami merancang ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas pemandu lori yang menyebabkan adik saya terkorban dalam kemalangan itu

“Saya sekeluarga berharap pemandu lori terbabit akan dikenakan tindakan setimpal mengikut undang-undang,” katanya di sini.

Menurutnya, arwah adiknya juga seorang yang baik dan mudah berkawan dengan orang lain.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pemandu lori itu direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam tempoh terdekat,”jelasnya.

Media semalam melaporkan polis menahan pemandu lori yang menyebabkan nahas mengorbankan penunggang motosikal dan seorang pemandu kereta cedera di Jalan Kerinchi dari arah Jalan Pantai Dalam menghala ke Jalan Pantai Baru, di sini.

Kejadian berkenaan turut tular dalam media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya