Keluarga kanak-kanak dirempuh BMW minta hukuman terhadap pemandu cuai dikaji semula

Keluarga kanak-kanak dirempuh BMW minta hukuman terhadap pemandu cuai dikaji semula

TANGKAP layar video kamera papan pemuka kereta menunjukkan kemalangan maut melibatkan kanak-kanak berumur tujuh tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keluarga kepada Nur Naura Nathifa Muhd El-Khuwailid, 7, yang maut  dirempuh kereta BMW, Jumaat lalu berharap kerajaan mengkaji semula hukuman terhadap pesalah trafik terutamanya yang menyebabkan kehilangan nyawa.

Bapa saudaranya, Muhammad Syawal Naim Ghazali berkata,  arwah adalah satu-satunya anak kepada pasangan Hidayatul Izzah Ghazali dan Mohd El-Khuwailid Rahim.

“Saya berharap kes ini diadili dengan telus dan pihak bertanggungjawab mengkaji semula hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang cuai sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

“Dalam kejadian itu, ibu bapanya hanya mengalami kecederaan ringan tetapi masih trauma dengan kejadian itu. Kami sekeluarga amat terkesan dengan kehilangan Naura,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dia juga meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kes kemalangan sejak kebelakangan ini.

“Walaupun dia mengaku tidak bersalah, kami tetap berharap keadilan dapat ditegakkan untuk Naura.

“Hukuman yang setimpal perlu dijatuhkan terhadap pelaku bagi mengelakkan tragedi seperti ini berulang di masa hadapan,” katanya.

Dalam  kejadian pukul 9.50 malam itu, kanak-kanak perempuan terbabit menaiki motosikal Honda Beat bersama ibu dan bapanya  sebelum dirempuh sebuah kereta BMW di Lebuhraya Bukit Jalil dekat sini. 

Naura disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital akibat kecederaan parah.

Terdahulu, pemandu kereta BMW terbabit dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tertuduh, Kuhan Raj Paramasivam, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Media semalam melaporkan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal yang dirempuh dari belakang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd. Isa dilapor berkata, ketika kejadian, kanak-kanak perempuan itu menaiki motosikal Honda Beat yang ditunggangi ibu bapanya.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian kira-kira pukul 9.50 malam, motosikal ditunggangi tiga beranak warga tempatan itu dirempuh sebuah kereta BMW.

“Dalam kejadian itu, penunggang motosikal dan pembonceng bersama anak mereka terjatuh di atas jalan.

“Ketiga-tiga mangsa dihantar ke hospital oleh orang awam dan anak mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya