‘Kelakar’- Ruhainies pelik dikatakan berkahwin dengan Zul Ariffin - Utusan Malaysia

‘Kelakar’- Ruhainies pelik dikatakan berkahwin dengan Zul Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Ruhainies, berharap agar masyarakat tidak terpedaya dengan berita palsu konon dirinya sudah berkahwin dengan selebriti, Zul Ariffin. 

Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, memberikan nasihat berkenaan selepas sebuah portal memuat naik tajuk hantaran di media sosial yang berunsur fitnah.

“Amboi, macam mana tahu? Saya pun tidak tahu. Terima kasih atas maklumat ini,” perli Ruhainies ketika mengulas tangkap layar tajuk hantaran ‘Terbongkar akhirnya Zul Ariffin dan Ruhainies sebenarnya sudah kahwin, ini ceritanya’. 

Dalam pada itu, pelakon Terjerat itu juga meminta masyarakat berhati-hati agar tidak terpancing dengan teknik sesetengah pihak untuk melariskan jualan.

“Kepada netizen yang saya sayangi. Jangan biarkan mereka yang tidak bertanggungjawab ini gula-gulakan anda. Kalian lebih baik daripada ini. 

“Saya tahu anda semua lebih bijak. Terlalu banyak cerita palsu akhir-akhir ini, bila tekan rupanya mahu promosi Shoppee. 

“Harap berbahagialah dan halal hasilnya. Saya tidak marah cuma rasa ia kelakar, terima kasih ceriakan hari saya,” tulisnya lagi di Instagram Story.

Untuk rekod, Zul Ariffin dan Ruhainies pernah digandingkan pertama kali untuk sebuah projek drama menerusi Wifi Sebelah Rumah yang disiarkan pada 2020. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya