Kehadiran ramai ulama bukti komitmen Malaysia pertahan kesatuan ummah

Kehadiran ramai ulama bukti komitmen Malaysia pertahan kesatuan ummah

Kapsyen: MOHD. NA'IM Mokhtar tiba di Masjid Putra untuk merasmikan Sama' Hadith Sahih Al-Bukhari di Putrajaya. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kehadiran para ulama dari pelbagai negara di sini selama 11 hari  membuktikan kejayaan Malaysia dalam usaha mengangkat martabat syiar Islam.

Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, ia turut menunjukkan semangat tinggi persaudaraan umat Islam sejagat.

“Bahkan, kehadiran ulama mencerminkan komitmen kita mempertahan kesatuan ummah,” kata beliau ketika merasmikan Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 yang dihadiri lebih 2,000 orang yang berlangsung sehingga 21 November kelak.

Inisiatif penganjuran acara sedemikian tambahnya, dapat memastikan Malaysia sentiasa menjadi model terbaik negara Islam yang mengutamakan kemajuan pelbagai bidang.

“Saya juga berharap supaya usaha Malaysia dalam meningkatkan lagi dialog kerjasama antara ulama dapat menjadi penyokong kepada kekuatan umat Islam global,” jelasnya.

Sepanjang tempoh 11 hari, pelbagai cendekiawan tersohor akan mengisi acara antaranya Al-Habib Umar Al-Jailani dari Arab Saudi dan Prof. Dr. Yusri Rushdi Al-Hasani dari Mesir; Sheikh Ismail Muhammad Sadiq (Uzbekistan), Sheikh Issam As-Subui (Tunisia), Sheikh Muhammad Awwadh Al-Manguash (Libya) dan ramai lagi tokoh hebat.

Sama’ merupakan sesi bacaan yang diperdengarkan serta menjadi tradisi masyhur dalam kalangan penuntut ilmu agama dengan acara skala besar di Maghribi, Mesir dan Turkiye.

Sementara Sahih Bukhari pula merupakan kitab hadis yang paling berautoriti dalam ajaran Islam dengan juga diakui ilmuwan sebagai cukup sahih selepas kitab kalam suci Al-Quran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya