Kedudukan Majlis Profesor Negara belum diputuskan

Kedudukan Majlis Profesor Negara belum diputuskan

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan belum mempunyai sebarang keputusan untuk mengekalkan kedudukan Majlis Profesor Negara (MPN) susulan pendedahan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, isu berkaitan badan itu telah diberikan teguran keras oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“Perkara ini tak dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri, tetapi sebelum ini Perdana Menteri pernah memberikan teguran yang keras tentang cara beberapa perkara diuruskan.

“Tetapi belum ada kata muktamad atau setidak-tidaknya dalam mesyuarat kebelakangan ini belum dibangkitkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Semalam, laporan PAC menyarankan supaya Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengkaji sama ada MPN itu masih relevan atau tidak dalam membantu kerajaan membangunkan negara.

Menurut laporan itu, jika JPM mahu mengekalkan MPN sebagai Syarikat Bhd Menurut Jaminan Kerajaan (CLBG), ia perlu diletakkan bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selaras fungsi dan peranannya.

Dalam perkembangan lain, Fahmi memaklumkan, jawatan bagi Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) belum lagi diputuskan, namun operasi dan pentadbiran jabatan itu tetap berjalan seperti biasa.

Sebelum ini, Dr Mohd Khairuddin Othman ditamatkan kontrak Ketua Pengarah JKOM pada 23 September lalu dan sehingga ke hari ini jawatan itu masih kosong. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya