Kedi: Sikap pekerja tempatan buat mereka terpinggir

Kedi: Sikap pekerja tempatan buat mereka terpinggir

TERDAPAT dalam kalangan pekerja tempatan itu agak skeptikal atau memilih ketika bekerja sebagai kedi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Isu industri golf meminggirkan pekerja tempatan sebenarnya berlaku kerana sikap segelintir pekerja tempatan itu sendiri.

Pengurus Besar Penang Golf Resort (PGR), Sahul Hameed Muhamed Sultan berkata, hal ini demikian kerana, ada dalam kalangan pekerja tempatan itu agak skeptikal atau memilih ketika melakukan pekerjaan dalam industri tersebut.

Sahul Hameed Muhamed Sultan

“Pada pendapat saya, kerja di padang golf ini sebenarnya banyak. Jaga padang, potong rumput, bawa mesin dan sebagainya.

“Kerja berkaitan ‘construction’ (pembinaan di kawasan padang golf), budak-budak ‘local’ (tempatan) memang kurang berminat sebab kerja itu ‘outdoor’ (luar). Kena panas, kotor dan guna tenaga yang banyak. Kalau ada pun level ‘supervisor’ (penyelia) ke atas.

“Kedi pun sama. Susah nak dapat yang ‘local’ sekarang. Jadi, ada yang terpaksa ‘import’. Tapi, kedi ini kita bagi imbuhan. Kerja empat atau lima jam sudah setel. Tak perlu kerja sampai lapan atau 10 jam,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini mendakwa, sebanyak RM2.8 juta mengalir keluar dari
negara pada setiap bulan ekoran tindakan kelab-kelab golf mengambil dan mengutamakan 1,740 pekerja asing untuk berkhidmat sebagai kedi tanpa permit sah dengan menganaktirikan pekerja tempatan.

Sumber industri mendedahkan, pihaknya amat kecewa dengan perkembangan itu selepas didapati 80 peratus daripada 159 kelab golf mengupah warga asing meskipun negara mempunyai kedi tempatan bertauliah di samping telah diberi latihan secukupnya.

Katanya, perkara itu berlaku kerana sikap pengurusan kelab golf yang ingin mementingkan keuntungan semata-mata kerana mahu membayar caj kedi lebih murah jika mendapatkan khidmat pekerja asing.

Mengulas lanjut, Sahul Hameed berkata, PGR bagaimanapun mengutamakan pekerja tempatan untuk berkhidmat di kelab golf itu ketika ini.

“Kedi pun kalau boleh saya hendak yang ‘local’ sahaja. Tidak mahu pekerja asing. Kalau ada pun, kena ada ‘I.C merah’ (kad pengenalan untuk pemastautin tetap).

“Pekerja asing ini walaupun mereka rajin, tetapi kita perlu urus mereka. Kena jaga bab perubatan, permit dan lain-lain. Sebagai majikan, kita juga kena bertanggungjawab jika apa-apa berlaku kepada mereka.

“Cuma, isunya sekarang itulah. Agak susah hendak dapatkan pekerja tempatan. Jika ada pun tidak tahan lama (kerja sekejap kemudian berhenti),” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya