ALOR SETAR: Kerajaan Kedah memperuntukkan RM30 juta sebagai tambahan untuk pembayaran gaji semua penjawat awam negeri yang menerima opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kenaikan itu akan dibayar mulai gaji bulan Disember ini yang melibatkan keseluruhan peruntukan berjumlah RM2 juta.
“Kerajaan telah bersetuju supaya Sistem Saraan Malaysia (SSM) digantikan kepada SSPA berkuatkuasa 1 Disember ini. Selaras dengan pengumuman itu, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM30 juta tambahan secara keseluruhan kepada semua jabatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Sementara itu, Muhammad Sanusi turut mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM2,000 seorang kepada 5,376 penjawat awam negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pembayaran itu akan dibuat pada Mac tahun hadapan bersempena Hari Raya Aidilfitri dan seterusnya pada Jun tahun sama.
Katanya, pemberian BKK itu adalah bagi menghargai usaha dan sumbangan penjawat awam negeri serta jentera pentadbiran.
“Jumlah keseluruhan peruntukan bagi maksud itu adalah RM12 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Jumlah BKK tersebut adalah sama dengan tahun ini iaitu RM2,000 seorang yang dibayar kepada 5,600 penjawat awam negeri ketika itu. – UTUSAN