KD Tun Razak mampu capai tahap selaman maksimum

KD Tun Razak mampu capai tahap selaman maksimum

MOHAMED Khaled ketika tinjauan operasi Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) KD Selangor di Laut China Selatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak berada dalam keadaan baik dan mampu beroperasi pada kedalaman maksimum.

Perkara itu disahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika lawatan kerja ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah semalam.

Beliau melihat sendiri kemampuan KD Tun Razak yang menyelam pada kedalaman operasi maksimum ketika tinjauan operasi Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) KD Selangor di Laut China Selatan.

Kata beliau, ia membuktikan keupayaan kapal selam negara beroperasi dengan baik dan berkesan.

“Pelayaran ini telah disertai anak-anak kapal yang mahir dan kompeten dan melalui projek perolehan kapal selam ini.

“Saya pasti kapal selam ini bukan sahaja melambangkan pemodenan Armada TLDM penting dalam membina imej Malaysia sebagai negara yang memiliki angkatan canggih untuk dihormati dan digeruni,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook, semalam.

Pada masa sama, beliau turut berikrar untuk terus memberikan komitmen terhadap permodenan dan pemerkasaan aset ketenteraan strategik demi mempertahankan kedaulatan negara.

Turut hadir pada lawatan itu Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali dan Panglima Armada Timur Laksamana Muda Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya