Kasari warga asing di KLIA, pegawai Imigresen tidak terlibat

Kasari warga asing di KLIA, pegawai Imigresen tidak terlibat

ZAKARIA Shaaban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menegaskan video tular insiden pengembara warga asing dikasari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 tidak melibatkan pegawai daripada jabatan itu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya merujuk perkara itu berdasarkan laporan satu portal berita berkaitan klip video seorang pengembara warga asing yang dikenakan Notis Penolakan Masuk (NTL) di KLIA.

Beliau berkata, portal tersebut melaporkan warga asing itu telah dilayan secara kasar termasuk ditumbuk oleh seorang pegawai baru-baru ini. 

Tegas beliau, dalam memberikan kemudahan kemasukan di KLIA, pihaknya bertanggungjawab memastikan keselamatan negara tidak dikompromi. 

“Setiap pengembara warga asing yang ingin masuk ke Malaysia perlu memenuhi syarat-syarat kemasukan, sebelum diberikan kemudahan imigresen untuk memasuki negara ini. 

“Bagi pengembara warga asing yang tidak dapat memenuhi syarat, satu NTL akan dikenakan.

“Berdasarkan Seksyen 24, Akta Imigresen 1959/63, pengembara warga asing yang telah dikenakan notis NTL akan diserahkan kepada syarikat penerbangan untuk diuruskan penghantaran pulang ke tempat embarkasi terakhir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zakaria berkata, syarikat penerbangan terbabit bertanggungjawab memastikan pengembara yang telah diberikan NTL untuk dihantar pulang dengan segera.

Jelasnya, sementara menunggu untuk dihantar keluar, pengembara warga asing NTL akan ditempatkan di ruang yang dikhaskan di ‘holding lounge’. 

“Ruang ini adalah ruang yang berhawa dingin, mempunyai kerusi menunggu dan berdekatan dengan kemudahan asas seperti tandas. 

“Mereka juga diberikan makanan tiga kali sehari oleh syarikat penerbangan,” ujarnya.

Tambahnya, Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan juga pengembara asing yang memasuki Malaysia.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya