Kasari penumpang di KLIA: Pegawai AeroDarat digantung tugas

Kasari penumpang di KLIA: Pegawai AeroDarat digantung tugas

ANTHONY Loke-JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan AeroDarat Services (AeroDarat) yang didakwa mengasari seorang pengembara warga asing di Lapangan Terbang Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) digantung tugas sementara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pegawai tersebut seharusnya mengekalkan profesionalisme sewaktu bertugas walaupun mendakwa diprovokasi penumpang Notis Penolakan Masuk (NTL).

Oleh kerana itu, kata beliau, kakitangan kepada anak syarikat Malaysia Aviation Group (MAG) digantung sementara bagi memberi laluan kepada siasatan lanjut dilakukan.

“Jadi dalam kes ini, saya difahamkan dan diberikan laporan berhubung kakitangan yang terbabit dalam insiden itu adalah kakitangan AeroDarat, bukannya MAHB (Malaysia Airports Holdings Berhad). AeroDarat adalah pengendali darat untuk MAG.

“Kakitangan itu mengatakan dia  diprovok penumpang NTL (hingga) menyebabkan berlaku kontak fizikal dan ada (menerima) kata-kata tidak cantik, kesat dan sebagainya.

“Apa pun keadaan, memang kita tidak boleh mempertahan tindakan kakitangan itu. Apa pun keadaannya dia mesti bertindak secara profesional dan bertindak sebagai seorang kakitangan di lapangan itu,” katanya semasa sidang akhbar di Pusat Media, Bangunan Parlimen, hari ini.

Terdahulu, seorang pengembara warga asing dikenakan NTL di KLIA Terminal 1 dilaporkan telah dilayan secara kasar termasuk ditumbuk oleh seorang pegawai.

Malah, polis turut dilaporkan menerima satu laporan daripada seorang petugas syarikat penerbangan berkaitan pergaduhan yang berlaku pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah KLIA, Azman Shari’at, berkata kejadian berlaku akibat selisih faham petugas syarikat penerbangan dengan seorang penumpang.

Susulan pergaduhan itu, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Anthony Loke berkata, tanggungjawab menguruskan penghantaran semula NTL bukan dikendalikan oleh Jabatan Imigresen atau Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).

Jelasnya, penghantara semula NTL seharusnya  diuruskan oleh syarikat penerbangan itu sendiri seperti mana diguna pakai di semula lapangan terbang antarabangsa.

“Semua lapangan terbang antarabangsa pun sama, jadi dalam kes ini, ada satu kawasan atau bilik yang disediakan MAHB untuk meletakkan NTL sementara waktu sementara mereka menunggu penerbangan balik,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya