Kasar sangat ayat-ayat kau! - Shuib - Utusan Malaysia

Kasar sangat ayat-ayat kau! – Shuib

SHUIB ketika menghadiri sidang akhbar di Cheras, semalam. -UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Pelawak dan usahawan, Shuib berang dengan tindakan melampau seorang pengguna TikTok yang tidak berhenti membuat provokasi susulan isu syarikat perniagaannya, Bubblebee.

Shuib yang berkongsi potongan video provokasi lelaki yang dikenali sebagai CEO Helmi itu turut memberitahu dia telah menghubungi individu tersebut menerusi pesanan terus, namun tiada sebarang respons

“Kau ini normal ke tidak? Video tuju untuk aku, tapi TikTok kau sekat aku. Direct Message aku pun kau tak berani nak balas.

“InsyaAllah, suatu hari kita akan bertentang mata. Kasar sangat ayat-ayat kau wahai saudara,” katanya di ruangan kapsyen Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Shuib memuat naik kenyataan lelaki terbabit yang turut menyentuh dan mengecam tindakannya berkahwin dengan isterinya, Watie Hanifiah.

Kata lelaki itu, selain daripada penganiayaan yang dilakukan terhadap bekas pekerja, Shuib juga tidak layak untuk mendapat isteri yang solehah.

“Video ini kepada Shuib. Dengar kata dia tengah cari saya. Sebelum awak cari saya, lebih baik awak pergi cari bekas pekerja dan bayar duit mereka dahulu.
Selesaikan dahulu masalah awak dengan pekerja dan bekas pekerja. Kemudian, ganti balik duit pelanggan yang awak sudah tipu.

“Shuib, awak tahu awak berubah sebab apa? Ramai netizen dan rakyat Malaysia tengok awak sudah tidak betul sejak kahwin dengan Watie. Saya nasihatkan tukar isteri baru, isteri yang lebih solehah. Atau awak tak layak dapat yang solehah sebab awak pun dua kali lima,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti tampil membela nasib pelawak tersebut dan menyokong keputusannya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

“Sedap ini kalau dapat,” komen Aaron Aziz

“Shuib tolong saman. Jangan tarik balik saman,” komen ibu tiri Allahyarham Siti Sarah, Siti Fatima Suberi.

“Saman saja. Jangan bagi muka dan kesian,” komen seorang pengikutnya.

Terdahulu, Shuib memaklumkan dirinya bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna TikTok yang mengeluarkan kenyataan palsu mengenai syarikat perniagaannya, Bubblebee.

Shuib turut menyifatkan tuduhan tidak berasas daripada individu terbabit mampu mengakibatkan kerugian jutaan ringgit terhadap syarikat perniagaannya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya