Kartel baja: Dua lagi bekas pengurus besar pertubuhan badan awam ditahan

Kartel baja: Dua lagi bekas pengurus besar pertubuhan badan awam ditahan

Dua individu yang merupakan bekas pengurus besar sebuah pertubuhan badan awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan siasatan salah guna kuasa membabitkan kartel perolehan baja bernilai kira-kira RM60 juta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua individu yang merupakan bekas pengurus besar sebuah pertubuhan badan awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan siasatan salah guna kuasa membabitkan kartel perolehan baja bernilai kira-kira RM60 juta.

Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan sekitar pukul 8.30 malam semalam ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM bagi dirakamkan keterangan.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan terhadap kartel perolehan baja membabitkan sebuah pertubuhan badan awam yang dipercayai mempunyai unsur rasuah dan salah guna kuasa.

Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Syahrul Sazly Md Sani membenarkan kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 hingga 60-an direman selama tiga dan empat hari iaitu sehingga 5 serta 6 November ini selepas permohonan dibuat SPRM pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terkini terhadap kedua-dua suspek.

Katanya, kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Setakat ini, seramai lima individu ditahan berkaitan kes berkenaan.

Sebelum ini, SPRM menahan reman dua individu termasuk pengerusi syarikat berwarga negara asing yang ditawarkan projek pembelian baja padi oleh sebuah pertubuhan pertanian.

Hasil siasatan awal mendapati suspek utama yang merupakan Pengurus bagi Bahagian Promosi dan Pemasaran pertubuhan tersebut  telah menerima sebut harga daripada wakil syarikat yang terlibat untuk mendapatkan kelulusan daripada Pengerusi Pertubuhan.

Menurut sumber, Pengerusi pertubuhan telah memberi kelulusan untuk melantik syarikat asing itu tanpa perbandingan harga ataupun melalui Lembaga Pengarah.

”Kontrak pembekalan baja bernilai kira-kira RM60juta secara runding terus telah dibuat dalam tempoh masa 6 hari sahaja pada sekitar bulan Jun 2022 sedangkan syarikat asing itu tidak pernah mendapat apa-apa kerja daripada pertubuhan tersebut sebelum ini,” tambah sumber.

Sebelum itu, seorang eksekutif pemasaran syarikat juga ditahan reman.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.8 bilion untuk perolehan baja pertanian negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya