Kanak-kanak 11 tahun ditemukan lemas dalam parit - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 11 tahun ditemukan lemas dalam parit

SEORANG penduduk menunjukkan lokasi seorang kanak-kanak ditemukan lemas dalam parit di Matang Jelutong di Bagan Serai hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas di dalam parit di kawasan ladang di Kampung Jalan Baharu Matang Jelutong di sini hari ini.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa, Ahmad Khalif Shahrizal dikatakan datang ke lokasi tersebut bersama tiga rakannya untuk melihat jentera pengorek tanah yang sedang menjalankan kerja mengorak parit.

Pemandu jentera pengorek tersebut, Mohamad Fahmi Sohaime, 34, berkata, ketika dia melakukan kerja-kerja mengorek parit, rakannya yang juga sedang mengorek parit kawasan berdekatan memberitahu seorang kanak-kanak terjatuh ke dalam parit.

Menurutnya, rakan mangsa memberitahu mangsa tenggelam dalam parit lalu dia dan rakanya itu terjun untuk mencari mangsa.

“Kami mencari hampir 10 minit namun tidak menemukan mangsa. Kami berlari ke rumah keluarga mangsa yang terletak kira-kira 250 meter dan memberitahu keluarga mangsa,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa datang ke lokasi bersama penduduk kampung dan melakukan pencarian.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hairi berkata, hampir setengah jam mereka melakukan pencarian, mengsa ditemukan.

“Ayah mangsa sendiri yang menemukan anaknya di dasar parit sekitar pukul 5.30 petang. Mayat dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat, ” katanya.

Sementara itu, rakan mangsa, Muhammad Nur Fattah Alim Azhar,10, berkata, semasa mereka berjalan menuju ke arah jentera pengorek, mangsa mengajak mereka untuk terjun ke dalam parit.

“Semasa di dalam air, saya melihat tangan mangsa terkapai-kapai di tengah parit menyebabkan saya dan rakan-rakan segera menjerit meminta tolong kepada salah seorang pemandu jentera yang sedang mengorek parit.

“Dua pemandu jentera pengorek terjun ke dalam parti untuk mencari mangsa namun gagal menemukan mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya