‘Kaki lobi kaut untung, yang kena maki YB’

‘Kaki lobi kaut untung, yang kena maki YB’

ISNARAISSAH MUNIRAH MAJILIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen kerajaan mempersoalkan sama ada beliau perlu menjadi seorang kontraktor bagi membolehkan sesuatu projek dilaksanakan di kawasannya.

Ia susulan pihak kontraktor lebih mengetahui mengenai status sesuatu projek yang berlaku di kawasannya berbanding dirinya sebagai wakil rakyat di situ.

Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) berkata, beliau merasakan seolah-olah tiada harga diri sebagai wakil rakyat kerana tidak ada satu projek turun di kawasannya.

“Yang paling tahu pasal projek yang turun di kawasan adalah kaki lobi, penjual projek yang ampai (kaut dulu) 10 peratus, 20 peratus 30 peratus. Tapi yang kena maki, yang kena cakap tidak pandai buat kerja, tidak pandai bantu dan tidak guna itu adalah YB (Yang Berhormat).

“Kebanyakan masanya bila peruntukan tidak cukup, kami terpaksa tolak ke tahun hadapan. Kami cakap sabar dulu kamu punya giliran. Inilah nasib kami YB yang tidak pandai buat projek dan buat duit.

“Sampai kadang-kadang tertanya-tanya, perlukah saya menjadi kontraktor untuk saya tahu apa projek berlaku di kawasan saya? Perlukah saya menjadi kontraktor untuk saya memohon (projek) dapat dilaksanakan?” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, Isnaraissah meluahkan kekecewaan dan sedih terhadap peratusan rendah pelaksanaan projek di Sabah apabila negeri itu terus tercicir daripada pembangunan negara.

Katanya, berdasarkan data yang dibekalkan kerajaan, beliau mendapati semua daerah di Sabah berada di kedudukan tercorot berbanding tempat lain.

Justeru, beliau mempersoal fungsi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri yang lewat dalam melaksanakan projek atau program di negeri berkenaan.

“Saya sedih dan kecewa sebab (bila) saya rujuk jawapan Yang Berhormat (YB) Menteri (di Jabatan Perdana Menteri), dari semua wilayah itu Sabahlah yang paling tercorot.

“Sebagai orang Sabah, saya geram. Paling rendah sehinggakan program dan projek di negeri pun masih di bawah, hanya dibelanjakan 46 peratus daripada RM6.7 billion,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya