Ka Siong tidak dirujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana keliru fakta PADU - Zhemin

Ka Siong tidak dirujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana keliru fakta PADU – Zhemin

CHONG ZHEMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usul untuk merujuk Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana membuat sangkaan jahat terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin berkata, penolak disebabkan kenyataan yang dilontarkan Ka Siong tidak memenuhi salah satu daripada tiga elemen Peraturan Mesyuarat 36 (12) iaitu ahli Parlimen yang membuat kenyataan ketika itu perlu mengetahui bahawa kenyataan tersebut adalah tidak tepat.

“Jadi, untuk kes ini, disebabkan Ka Siong sendiri sudah keliru maka dia tidak mempunyai niat untuk mengelirukan Dewan. Justeru, Yang Dipertua telah menolak usul saya.

“Yang Dipertua juga menjelaskan bahawa Yang Berhormat Ayer Hitam dan Pandan telah merujuk kepada dua perkara yang berlainan. Dalam perkara ini, Yang Berhormat Ayer Hitam merujuk kepada kos keseluruhan pembangunan Pangkalan Data Utama (PADU) manakala Yang Berhormat Pandan merujuk kepada kos pembangunan PADU setakat September 2024 yang telah dibelanjakan.

“Saya terima baik keputusan Yang Dipertua kerana seseorang yang sudah keliru tidak lagi boleh mengelirukan Dewan,” katanya dalam sidang akhbar di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Zhemin berkata, rentetan penolakan usul, beliau turut menerima usul Ka Siong daripada Johari untuk dirujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 20 November lalu.

Jelasnya, terdapat tiga kenyataan yang disebut ketika itu di dalam Dewan adalah tidak betul sebagai rujukan dalam usul Ka Siong terhadap beliau.

“Jadi sekarang, Ka Siong menafikan dia kata ada dua benda berbeza. Kedua, dia tidak kata bahawa dia tidak rujuk Menteri Ekonomi ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Walaupun di dalam hansard dia kata dia tidak ada niat untuk merujuk Menteri Ekonomi ke  Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tetapi  tindakan dia untuk memakai Peraturan Mesyuarat 36 (12) telah menunjukkan bahawa dia merujuk perkara itu,” katanya.

Jelasnya, kali terakhir seorang ahli Kabinet dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan adalah pada 2022 melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana pada masa itu bekas Ahli Parlimen Damansara Tony Phua juga menggunakan ‘standing order’ Peraturan Mesyuarat 36 (12).

“Selain itu, tidak pernah ada seorang ‘backbencher’ yang memakai Peraturan Mesyuarat 36 (12) untuk merujuk Menteri daripada Kabinet ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Ka Siong adalah yang pertama untuk memakainya.

“Malah, sehingga hari ini tidak ada seorang pembangkang menggunakan Peraturan Mesyuarat 36 (12) ke atas Menteri. Saya sudah semak. Kenapa Ka siong mahu buat kerja pembangkang? Saya serahkan kepada awam untuk tentukan sama ada dia mempunyai niat atau sebaliknya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya