Juruwang wanita warga China maut ditikam

Juruwang wanita warga China maut ditikam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang juruwang wanita warga China maut dipercayai ditikam dalam kejadian di sebuah restoran di pusat beli-belah Cheras semalam.

Dalam kejadian pukul 3 petang semalam, mangsa berusia 49 tahun maut ditikam empat sehingga lima kali menggunakan pisau pada badannya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, seramai tujuh suspek yang juga rakan sekerja mangsa sudah ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Kata beliau, setakat ini senjata digunakan masih belum ditemukan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk tindakan selanjutnya.

“Setakat ini, pihak polis masih mengesan saksi dan menyiasat motif pembunuhan itu,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya