Jurutera pilihan hati, Ina Naim kembali bergelar isteri 

Jurutera pilihan hati, Ina Naim kembali bergelar isteri 

INA NAIM bersama Mohd Khairul Rizal sah bergelar suami isteri tepat pada pukul 9.50 pagi ini dalam majlis akad nikah di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang jurutera menawan hati penyanyi Ina Naim selepas sah menjadi isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis ijab kabul di Felcra Sungai Ara di sini, hari ini.

Nordiana Mohd. Naim, 40, dinikahkan Naib Kadi Daerah Kora Tinggi, Mohamad Ramadhan Mahroji yang mewakil wali bapa Ina, Mohd. Naim Samijan dengan Mohd. Khairul Rizal Shukor, 41 tepat pada pukul 9.50 pagi inui.

Ina menerima mas kahwin RM100, kelengkapan solat, seutas gelang tangan dan sebentuk cincin, selain wang hantaran sebanyak RM7,000.

Sebanyak lima dulang hantaran diberikan pihak pengantin lelaki dan dibalas tujuh dulang dari pihak Ina.

Majlis pernikahan yang diadakan sederhana itu dihadiri lebih 100 ahli keluarga, saudara-mara, kenalan dan orang kampung.

Dalam pada itu, Ina berkata dia mengambil masa lebih sebulan untuk meyakinkan anak-anaknya untuk bernikah semula.

“Mulanya (anak-anak) agak tidak boleh terima sebab terlalu awal dan mereka tidak boleh ada ganti bapa, namun saya jelaskan, mereka perlu belajar, mereka perlu ada ketua. 

“Dalam sebulan dua juga yakinkan anak, Alhamdulillah,” katanyaselepas selesai majlis akad nikah.

Menurutnya, suaminya itu merupakan peminatnya dan juga arwah suami sebelum ini.

Ina bergelar ibu tunggal selepas suaminya, bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad, 43, meninggal dunia pada 15 November 2023.

Hasil perkahwinn dengan Suhaimi, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN