Jurutera JKR nafi terima suapan RM158,440

Jurutera JKR nafi terima suapan RM158,440

MASTURA Ibrahim (kanan) ketika tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Seorang jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyalah guna jawatan untuk mendapatkan suapan membabitkan kontrak bernilai RM158,440, enam tahun lalu.

Tertuduh, Mastura Ibrahim, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Mastura sebagai Jurutera Awam gred J48 telah menggunakan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa Sebutharga dengan memilih Syarikat Rizwani di dalam Mesyuarat Perbincangan Jawatankuasa Sebutharga Bil 7/2018 yang mana tertuduh mempunyai kepentingan.

Hasil daripada keputusan tersebut, Syarikat Rizwani telah mendapat kerja-kerja pengubahsuaian ruang pejabat Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri serta lain-lain kerja yang berkaitan bernilai RM158,440.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di pejabat JKR negeri pada 11 Jun 2018.

Atas kesalahan itu, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkiflee dan Afiqa Liyana Rozman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Zulhazmi kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri ke pejabat SPRM setiap bulan.

Pada masa yang sama, beliau turut menetapkan 27 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya