Juruteknik dipenjara 26 tahun rogol anak saudara 14 tahun

Juruteknik dipenjara 26 tahun rogol anak saudara 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang juruteknik dijatuhi hukuman penjara 26 tahun dan enam sebatan di Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol anak saudara perempuannya yang berusia 14 tahun pada 2021. 

Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 34 tahun pada prosiding di akhir kes pembelaan hari ini. 

Surita berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima hujahan balas pihak pembelaan dan pendakwaan ke atas tertuduh yang dituduh atas dua kesalahan di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan kerana merogol anak saudara yang berusia 14 tahun. 

“Setelah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan dan saksi-saksi pembelaan dan membaca hujahan bertulis, pada tahap penilaian secara maksimum mahkamah memutuskan bahawa pihak pembelaan  gagal membangkitkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan. 

“Oleh yang demikian, pihak pembelaan berjaya membuktikan kedua-dua pertuduhan di bawah seksyen tersebut, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan yang dikenakan,” katanya. 

Mengikut pertuduhan, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Taman Desa Rhu, Sikamat, di sini kira-kira pukul 12 tengah hari dan 2.30 petang  pada Jun 2021. 

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan. 

Sebaik hukuman dijatuhkan, peguam S. Kavittha membuat permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman, namun ditolak mahkamah kerana tiada keadaan yang istimewa dan hanya alasan peribadi tertuduh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya