Juraian meteor Taurid Selatan muncul tanpa gangguan pantulan cahaya bulan

Juraian meteor Taurid Selatan muncul tanpa gangguan pantulan cahaya bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Fenomena tahunan juraian meteor Taurid Selatan bakal dapat disaksikan di Malaysia pada malam esok ekoran tiada gangguan dari pantulan cahaya bulan.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (Mysa) yang dihubungi, ketika kejadian tersebut, bulan masih dalam fasa baharu setelah hilal atau anak bulan Jamadil Awal terbentuk semalam.

“Justeru, tahap kenampakan hujan atau pancuran tersebut diunjurkan adalah bagus kerana langit bebas gangguan sinaran bulan ketika kemuncak juraian meteor berlaku,” katanya.

Secara umum ujarnya, lintasan meteor Taurid Selatan sebenarnya dapat disaksikan jelas di seluruh dunia setiap tahun yang lazimnya bermula 23 September sehingga 8 Disember.

Untuk tahun ini, juraian berkenaan dijadualkan mencapai kemuncak pada lewat 4 November dan berlarutan awal pagi keesokannya dengan anggaran purata lima meteor per jam.

Kelazimannya jelas Mysa, peristiwa meteor ini memiliki dua aliran dengan dirujuk sebagai Taurid Selatan dan Taurid Utara yang dapat dilihat di semua lokasi kecuali Kutub Selatan.

Dua fenomena hujan angkasa itu merujuk titik kemunculannya di kawasan langit yang disebut buruj Taurus apabila bumi beredar mengelilingi matahari melintasi laluan orbit komet.

Juraian berlaku apabila debu komet terbebas ekoran proses pemejalwapan ketika komet tersebut menghampiri matahari sebelum terbakar semasa ia memasuki atmosfera bumi.

Tinggalan sisa berkenaan kemudian membentuk jalur bersinar panjang dari arah buruj Taurus yang mudah dikenali kerana corak gugusan bintang menyerupai imej lembu jantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya