Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat

ANGGOTA bomba membantu seorang wanita dan anaknya keluar ke jalan utama di Kampung Padang Landak, Jerteh, Besut, hari ini. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus mencatatkan peningkatan ketara iaitu seramai 10,228 orang daripada 3,022 keluarga setakat pukul 12 tengah hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata, ketika ini, terdapat 150 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di enam daerah seluruh negeri ketika ini.

Menurutnya, Besut menjadi daerah yang paling teruk terjejas dengan mangsa terus meningkat kepada 3,811 orang daripada 1,081 keluarga berbanding 3,205 orang daripada 839 keluarga pagi tadi.

Katanya, terdapat 56 PPS dibuka untuk menempatkan kesemua mangsa di daerah Besut ketika ini.

“Di Hulu Terengganu pula, situasi bertambah buruk dengan mangsa terus meningkat kepada 2,532 orang daripada 843 keluarga di 38 PPS berbanding 2,039 orang daripada 713 keluarga di 32 PPS pagi tadi.

“Situasi sama di Setiu dengan mangsa meningkat kepada 2,475 orang daripada 693 keluarga di 33 PPS berbanding 2,022 mangsa daripada 577 keluarga di 28 PPS sebelum ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Daerah Kemaman turut mencatatkan peningkatan mangsa iaitu 868 orang daripada 244 keluarga di 15 PPS berbanding 503 mangsa daripada 141 keluarga di 14 PPS pagi tadi.

Tambahnya, di Dungun pula, mangsa bertambah sedikit kepada 420 orang daripada 128 keluarga di enam PPS tengahari ini berbanding 344 mangsa daripada 102 keluarga di lima PPS pada sebelah pagi.

“Bagaimanapun, pertambahan mangsa hanya sedikit di Marang iaitu 122 orang daripada 32 keluarga berbanding 102 orang daripada 27 keluarga dan jumlah PPS kekal sama di dua lokasi.

“Ketika ini hujan lebat dan sederhana masih berlaku di beberapa tempat seluruh Terengganu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya