Jumlah mangsa banjir berkurangan 2,579 orang  - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir berkurangan 2,579 orang 

KETUA Polis Terengganu, Datuk Mohd.  Khari Khairudin (kanan) bertanya khabar mangsa banjir di Perumahan Taman Rakyat Teluk Kalong, Kemaman, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa berkurangan sedikit kepada 2,579 orang daripada 645 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.

Ketika ini, hanya enam pusat pemindahan sementara (PPS)  masih beroperasi di dua daerah iaitu lima di Kemaman dan satu di Marang.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Kemaman masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,566 orang daripada 641 keluarga di lima PPS.

“Di Marang, jumlahnya kekal dengan hanya 13 mangsa daripada empat keluarga berada di satu PPS,” katanya ketika dihubungi pagi ini.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal 

https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan hanya dua sungai di Terengganu yang masih melepasi paras amaran setakat pukul 8 pagi ini.

Stesen bacaan di Sungai Tumpat, Kampung Baru Kemasik di Kemaman merekodkan ketinggian air 2.08 meter berbanding paras amaran 1.90 meter.

Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu pula sudah melepasi paras amaran 12 meter pagi ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya