JSPT perkasa elemen penguatkuasaan, siasatan tangani isu kemalangan

JSPT perkasa elemen penguatkuasaan, siasatan tangani isu kemalangan

PENGARAH Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri (tengah) selepas Perhimpunan Bulanan JSPT Bukit Aman hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman komited menangani isu kemalangan jalan raya di negara ini dengan memberi penekanan kepada tiga elemen utama.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, beliau tekad memperkasakan tiga elemen membabitkan penguatkuasan, siasatan serta integriti bagi mengurangkan kadar kemalangan di seluruh negara.

Katanya, pelbagai usaha dilakukan secara berterusan sejak beliau mengemudi jabatan berkenaan bermula Julai lalu.
“Antaranya memperkasakan penguatkuasaan melalui operasi bersepadu dengan agensi-agensi lain selain mempertingkatkan rondaan.

“Di samping itu, kita turut membuat advokasi melalui kempen-kempen keselamatan jalan raya, seperti yang dibuat bulan lalu di tol Bentong dan di Sekolah Menengah Anderson Ipoh.

“Usaha ini bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya memandu secara melulu dan dapat membantu mereka memandu dengan berhemah mengikut peraturan,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan JSPT Bukit Aman di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 35 orang membabitkan 10 pegawai kanan dan 25 anggota menerima sijil penghargaan atas kecemerlangan serta dedikasi melaksanakan tugas sehingga mengharumkan nama JSPT.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusri berkata, melalui usaha-usaha yang dijalankan JSPT di seluruh negara secara tidak langsung turut membantu jabatan lain dalam beberapa kes termasuk dadah dan jenayah.

Jelas beliau, antaranya melalui tangkapan kes dadah melalui pemeriksaan dijalankan oleh tiga anggota JSPT Bukit Amab di Kilometer 120, Lebuh Raya Utara- Selatan menghala utara pada 18 September lalu.

“Selain itu, kejayaan pegawai dan tujuh anggota JSPT Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muar yang merampas 830 karton rokok tidak bercukai dianggarkan RM180,000 pada 25 September lalu.

“Turut menarik perhatian dan cemerlang membabitkan anggota trafik IPD Timur Laut membabitkan Koperal Nik Mohamad Faizal Nik Long kerana mengeluarkan saman kepada individu yang melanggar lampu isyarat namun dimaki dan dilontarkan kata-kata kesat oleh lelaki sehingga dia berjaya dituduh,” katanya.

Justeru, Yusri berkata, PDRM khususnya JSPT menasihatkan dan menyeru semua pengguna jalan raya mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.

Jelas beliau, ia bagi menyokong hasrat kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan dan kemalangan maut dapat direalisasikan.

“Kerjasama dari pelbagai agensi yang terlibat seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agensi berkaitan.

“Peranan ibu bapa dan penjaga dalam memantau dan mengawasi segala aktiviti anak-anak mereka yang menggunakan kenderaan kereta dan motosikal adalah sangat penting untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan pelanggaran undang-undang seperti memandu tanpa lesen, lumba haram dan samseng jalanan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya