Johor umum belanjawan surplus, rekod hasil tertinggi lebih RM2 bilion

Johor umum belanjawan surplus, rekod hasil tertinggi lebih RM2 bilion

ONN HAFIZ Ghazi (tengah) menunjukkan Buku Belanjawan Johor 2025 sambil diperhatikan Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Azmi Rohani (kiri) dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) Datuk Asman Shah sempena Pembentangan Belanjawan Johor 2025 di Bangunan Sultan Ismail Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Johor mencipta sejarah apabila merekodkan hasil tertinggi pernah dicapai, iaitu melebihi RM2 bilion pada tahun ini.

Justeru, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Belanjawan Johor 2025 bertemakan ‘Maju Johor, Rakyat Sejahtera’ merupakan belanjawan surplus, iaitu sebanyak RM5.12 juta.

“Bagi tahun 2025, kerajaan negeri mengunjurkan hasil negeri sebanyak RM2.005 bilion, iaitu peningkatan sebanyak RM201 juta atau 11 peratus berbanding unjuran tahun 2024.

“Unjuran perbelanjaan kerajaan negeri pada tahun 2025 adalah sebanyak RM1.999 bilion. RM1.271 bilion diperuntukan bagi tujuan belanja mengurus, manakala RM728 juta

pula bagi  belanja pembangunan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2025 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Beliau berkata, ekonomi Johor terus menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan perkembangan pertumbuhan sebanyak 4.1 peratus pada 2023. 

Katanya, angka itu melepasi paras pertumbuhan nasional 3.6 peratus dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK0 berjumlah RM148.2 bilion pada 2023 berbanding RM142.4 bilion (2022).

“Prestasi Johor juga dibuktikan dengan peningkatan jumlah import sebanyak 16 peratus kepada RM290 bilion berbanding tahun lepas, peningkatan import dan eksport berjumlah RM561.6 bilion, pertumbuhan sektor pembinaan terus dengan nilai RM17.1 bilion berbanding RM10.8 bilion dalam tempoh sama tahun lepas dan kadar pengangguran kekal pada kadar rendah, iaitu 2.3 peratus pada suku ketiga tahun ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya