Johor kaji waktu bekerja empat hari setengah

Johor kaji waktu bekerja empat hari setengah

ONN HAFIZ Ghazi membentangkan Belanjawan Johor 2025 pada Sidang DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri akan mengkaji pelaksanaan waktu bekerja empat hari setengah khususnya bagi sektor awam susulan pertukaran cuti hujung minggu negeri ini pada Sabtu dan Ahad bermula tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sedia mempertimbang cadangan tersebut bagi memastikan pelaksanaannya tidak mengurangkan keseluruhan tempoh jam bekerja bagi sektor awam.

“Bagi memastikan kemuliaan hari Jumaat terus terpelihara dan umat Islam termasuk yang bekerja dalam sektor swasta menunaikan kewajipan solat Jumaat dengan selesa, kerajaan negeri membuat ketetapan supaya waktu rehat bagi sektor swasta pada hari Jumaat dilanjutkan daripada satu jam 30 minit menjadi dua jam.

“Bagi memastikan pelajar lelaki beragama Islam dapat menunaikan solat Jumaat, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk menambah bilangan surau atau dewan yang menepati kriteria diberikan untuk melaksanakan solat Jumaat.

“Jika semua usaha itu berjalan lancar,  Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bersedia mempertimbang cadangan perubahan waktu bekerja menjadi empat hari setengah,” katanya semasa membentangkan Belanjawan Johor 2025 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Pada 7 Oktober lalu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah bahawa cuti hujung minggu di negeri ini akan ditukar semula ke hari Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya