Johor cadang zoo 'night safari' 

Johor cadang zoo ‘night safari’ 

ONN HAFIZ Ghazi menghadiri sidang DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri mempertimbangkan cadangan untuk mengadakan ‘night safari’ di Zoo Johor sebagai tarikan baharu yang unik di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, cadangan itu susulan pembukaan semula Zoo Johor pada 31 Ogos lalu mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengunjung.

Beliau berkata, cadangan itu merupakan langkah strategik untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke Zoo Johor, apatah lagi ramai pengunjung mengusulkan aktiviti tersebut.

“Insya-Allah, jika semuanya berjalan baik dan lancar untuk naik taraf fasa dua, kita sedang pertimbang membuka ‘night safari’ di Zoo Johor. Bukan masa ini, namun insya-Allah sedang diperhalusi kerana kita mahu teliti dahulu sektor keselamatan pengunjung dan haiwan di zoo.

“Pencahayaan, laluan masuk termasuk untuk orang kurang upaya (OKU) dan warga emas perlu dilihat sebelum menjayakan cadangan ini,” katanya menjawab soalan tambahan Tan Chong (DAP-Bekok) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz memberitahu, Zoo Johor yang merupakan zoo tertua dalam negara merekodkan lebih 500,000  pengunjung sejak dibuka semula pada 31 Ogos lalu.

Katanya, pencapaian itu amat membanggakan memandangkan kawasan tumpuan pelancong itu yang ditutup hampir empat tahun bagi tujuan penambahbaikan mendapat sambutan luar biasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya