JIM Kelantan tahan 13 PATI

JIM Kelantan tahan 13 PATI

SEBAHAGIAN PATI yang ditahan menerusi Ops Mahir/Kutip/Sapu di sekitar bandar Kota Bharu dan Kuala Krai, Kelantan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI)  menerusi Op Mahir/Kutip/Sapu di sekitar bandar Kota Bharu dan Kuala Krai dekat sini, petang semalam

Timbalan Pengarah Imigresen Kelantan (Pengurusan), Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, kesemua PATI yang dicekup kira-kira pukul 2 petang itu terdiri daripada warganegara Bangladesh, Pakistan, Thailand dan Myanmar berusia dalam lingkungan 20 hingga 48 tahun.

Menurutnya, mereka ditahan hasil daripada pemeriksaan terhadap sembilan premis termasuk sebuah rumah di Kampung Cherang Melintang dan kedai runcit di Kampung Pasir Pekan.

“Selain itu, PATI itu diberkas di sebuah rumah di Kampung Paloh Rambai Taman KSM, beberapa permis di Kampung Pahi dan sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di Batu Mengkebang, Kuala Krai.

“Kesemua warga asing yang ditahan melibatkan tiga lelaki Bangladesh, lelaki Pakistan (1), lelaki Thailand (2), wanita Thailand (3), lelaki Myanmar (3) dan wanita Myanmar (1),” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Nik Akhtarulhaq memberitahu, seramai 19 orang  PATI telah diperiksa, hanya 13 orang yang melakukan kesalahan ditahan.

Menurutnya, kesemua PATI itu ditempatkan di Depot Imigresen Tanah Merah dekat sini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 (1)(c), Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya