Tertuduh sesak nafas, keputusan peniaga pukul isteri ditunda 9 Disember

Tertuduh sesak nafas, keputusan peniaga pukul isteri ditunda 9 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keputusan akhir kes pembelaan seorang peniaga yang dituduh memukul isterinya yang sarat mengandung sehingga cedera parah pada Jun 2021 lalu, ditetapkan pada 9 Disember depan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Fatimah Zahari menetapkan tarikh itu selepas tertuduh, Rosmaini Abd. Raof, 41, gagal hadir ke mahkamah kerana dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas dan pengsan selepas menjalani latihan bola sepak.

Peguam tertuduh, Mohd. Salleh Togimin berkata, pihaknya dimaklumkan tentang perkara itu oleh isteri tertuduh, petang semalam.

“Dia tidak hadir kerana tidak sihat dan dimasukkan ke Hospital Pendang, Kedah petang semalam kerana sesak nafas dan tidak sedarkan diri selepas menjalani latihan bola sepak,” katanya.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Mamu, manakala tertuduh diwakili Mohd. Salleh, Kamal Hisham Ja’afar dan Aina Kamilah Zalizan yang  turut dihadiri peguam pemerhati Syufri A. Samad dan Muhammad Hazeem Mohd. Norizan.

Pada 17 Jun 2021, Rosmaini didakwa memukul kepala, muka, tangan dan menghentakkan kaki ke belakang tangan Jahidah Nordin@Sylvester, 46, yang ketika itu masih isteri ketiganya, sehingga mangsa cedera parah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin di sini pada pukul 6 pagi 4 Mei 2021.

Dia didakwa di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda dan boleh dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum mengikut seksyen kesalahan.

Jahidah yang merupakan seorang penjawat awam  selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada 30 Nov 2021.

Pada 15 Mac tahun lalu, Mahkamah Rendah Syariah Seremban telah membenarkan permohonan fasakh yang dikemukakan keluarga Jahidah pada 1 Feb 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya