Jenayah perang Israel melampaui batas - MBM 

Jenayah perang Israel melampaui batas – MBM 

MAJLIS BELIA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa untuk bertindak tegas ke atas Israel yang berterusan menyerang dan mensasarkan tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lebanon.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd. Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, malah jenayah perang dilakukan Israel di Asia Barat telah melampaui batas kemanusiaan dengan melanggar banyak protokol keamanan dan undang-undang global.

Justeru itu katanya, MBM menyokong hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengemukakan usul menyingkirkan Israel sebagai anggota PBB.

“MBM berdiri teguh bersama Perdana Menteri dalam mengambil segala kebijakan dalam isu membabitkan konflik keganasan terutama melibatkan kebiadaban Israel ke atas penduduk Lubnan dan Palestin.

“Kita menyeru seluruh rakyat Malaysia bersatu hati demi perjuangan menentang kezaliman Israel dan mendoakan keselamatan anggota tentera Malaysia yang terlibat dalam misi pengaman di rantau Asia Barat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Khamis lalu, seramai enam anggota MALBATT disahkan mengalami kecederaan susulan insiden letupan yang berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah pada 1.54 tengah hari waktu Lubnan atau 7.54 malam waktu Malaysia.

Ekoran kejadian itu, seorang anggota yang cedera di tangan sedang menerima rawatan di Hospital Hamood di Saida manakala lima lagi anggota yang cedera ringan telah selamat sampai ke Kem Marakah.

Rabu lalu, penghantaran pertama pasukan MALBATT 850-12, melibatkan 220 pegawai dan anggota lain-lain pangkat dilakukan bagi meneruskan misi pengaman di bawah PBB.

Penugasan dan penghantaran pasukan MALBATT 850-12 diatur gerak secara berperingkat melibatkan kekuatan 854 pegawai dan anggota termasuk pasukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta seorang pegawai awam bermula 6 hingga 18 November ini.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya