Jelajah Peduli Ummah Mapim santuni 40,000 penduduk

Jelajah Peduli Ummah Mapim santuni 40,000 penduduk

Jelajah Mapim
SANI Araby Abdul Alim Araby (lima kanan) dan Rizam Ismail bersama peserta Program Jelajah Peduli Ummah Majlis dekat Sekolah Kebangsaan Parit 6, Sungai Besar, di Sabak Bernam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Program Jelajah Peduli Ummah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mencapai objektif penganjurannya apabila lebih 40,000 penduduk terutama kawasan kampung disantuni menerusi 10 siri sejak bulan lalu.

Siri jelajah itu menyelusuri seluruh Semenanjung seperti Selangor, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Kedah dan Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif Mapim, Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, objektif program sejak 2020 itu bertujuan memperkukuhkan lagi semangat perpaduan dan menyemai kesedaran kemanusiaan.

“Sambutan itu dilihat menerusi pelbagai pengisian program seperti kem motivasi, klinik kesihatan bergerak, gotong-royong dan ziarah mahabbah ke rumah keluarga asnaf.

“Sejak dilancarkan awal Oktober lalu, kita dengan kerjasama kerajaan negeri dan agensi berkaitan telah menyantuni lebih 40,000 penduduk termasuk masyarakat Orang Asli,” katanya ketika ditemui pada program itu, hari ini.

Terdahulu Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor, Datuk Rizam Ismail menyempurnakan majlis penutupannya yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohd. Ajib Ismail.

Tambahnya, perkara itu membuktikan bahawa pihaknya tidak hanya memfokuskan kepada bantuan kemanusiaan di luar negara semata-mata.

“Apa yang perlu diperkuatkan lagi juga adalah ikatan silaturahim dan ukhwah sesama kita di negara tercinta ini. Kita perlu terus mengelak berlakunya perpecahan dan program ini selaras dengan semangat Malaysia Madani,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sani Araby memberitahu jelajah itu akan diteruskan sehingga Februari tahun depan bagi merealisasikan sasaran penyertaan 100,000 penduduk.

Sementara itu, Mohd. Ajib berkata, program selama tiga hari di Kampung Parit 5 dan 6 berkenaan turut meliputi kursus penyembelihan, rewang perdana, penyampaian bantuan persekolahan dan sumbangan kepada masjid serta surau.

“Program anjuran bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kali ini menggunakan pendekatan Dakwah Bil Hal selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

“Kita memfokuskan penjalinan silaturrahim antara masyarakat dan penduduk di Selangor bersama kepimpinan agensi di peringkat Persekutuan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya