Jawatankuasa Susulan LKAN dimantap, ambil serius setiap teguran, syor

Jawatankuasa Susulan LKAN dimantap, ambil serius setiap teguran, syor

WAN Suraya Wan Mohd Radzi bercakap ketika Forum Integriti: Tatakelola dan Tadbir Urus Beretika Dari Sudut Ketua Audit Negara di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Audit Negara (JAN) akan memantapkan Jawatankuasa Susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bagi memastikan setiap teguran dan syor LKAN diambil serius pihak berkaitan.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, perkara itu akan dilaksanakan susulan
pindaan Akta Audit 1957 (Akta 62) baru-baru ini.

Beliau berkata, sebaik LKAN dikeluarkan, pendekatan baharu yang akan dilakukan adalah memberi penekanan kepada susulan audit.

“Kita akan perkasakan Jawatankuasa Susulan LKAN itu. Ia bagi mengelak persepsi (kononnya) tidak ada susulan tetapi sebenarnya ada susulan,” katanya pada sesi Forum Integriti: Tatakelola dan Tadbir Urus Beretika dari Sudut Ketua Audit Negara di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya juga akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tindakan susulan terbabit dipantau sebaiknya.

Wan Suraya berkata, pihaknya akan memaparkan tindakan susulan itu pada ‘Dashboard Ketua Audit’ yang dipaparkan pada laman sesawang rasmi JAN.

Menurutnya, Dashboard Ketua Audit itu akan menjadi indikator bahawa semua isu (berbangkit) dalam LKAN disusuli dengan tindakan dan susulan.

“Jika JAN tak puas hati tidak ada susulan dibuat berkaitan isu yang dipaparkan di ‘dashboard’ oleh entiti berkaitan, kita akan membiarkan isu itu bertanda warna kuning di ‘dashboard’ berkenaan,” katanya.

Katanya, setiap teguran dan syor yang dikemukakan dalam LKAN, akan disusuli sehingga JAN berpuas hati. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya