Jangan putar belit, didik rakyat dengan kebenaran - Anwar

Jangan putar belit, didik rakyat dengan kebenaran – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli politik khususnya dari parti berteraskan Islam agar tidak memutarbelitkan fakta demi agenda tertentu. 

Sebaliknya, beliau menyeru agar rakyat dididik dengan hujah yang adil dan berdasarkan kebenaran.  

“Sebagai Ahli Parlimen, kita perlu mengelak daripada memperbodoh rakyat. Pendirian Malaysia jelas, kita tidak pernah mengiktiraf Israel, malah sentiasa tegas dalam mempertahankan hak rakyat Palestin,” kata beliau menerusi laman media sosial miliknya.

Anwar turut menafikan dakwaan bahawa Malaysia mengiktiraf kewujudan negara Israel, sebaliknya menyatakan pendirian tegas negara untuk menyingkirkan Israel daripada keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).  

Ketika bertemu delegasi media Malaysia dalam lawatan rasmi ke Peru, Anwar berkata, dalam konteks hubungan antarabangsa, kewujudan sesebuah negara diiktiraf sama ada secara de facto atau de jure.  

“Israel sememangnya wujud dan sudah menjadi anggota PBB. Namun, Malaysia tidak pernah mengiktiraf kewujudan negara tersebut dalam apa jua bentuk. 

“Justeru, atas dasar kewujudannya itu, Malaysia mengusulkan penyingkiran Israel dari PBB atas alasan jenayah terhadap kemanusiaan yang tidak sejajar dengan prinsip ketamadunan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya