Jangan heboh siapa calon PM PN tapi fokuslah jaga rakyat - Faizal Azumu - Utusan Malaysia

Jangan heboh siapa calon PM PN tapi fokuslah jaga rakyat – Faizal Azumu

FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertelingkahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas berhubung siapakah calon Perdana Menteri menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) tidak perlu dihebohkan.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara yang lebih mustahak ketika ini adalah untuk menjaga kerjasama gabungan berkenaan bagi memelihara kepentingan rakyat.

“Saya bersetuju dengan pandangan dikemukakan Ketua Penerangan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar bahawa Perikatan Nasional (PN) dan pimpinannya tidak perlu gelojoh untuk menjadi Perdana Menteri.

“Saya juga bersetuju dengan beliau bahawa tiada perbincangan khusus berkenaan perkara itu antara kepimpinan PN namun apa lebih penting adalah untuk menjaga kerjasama bagi memelihara kepentingan rakyat.

“Namun, pada masa sama, saya percaya kepimpinan Pas juga tidak menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN,” katanya dilapor Berita Harian.

Terdahulu, Khairul Nadzir menyifatkan PN agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri PM gabungan parti meskipun tiada sebarang perbincangan di mana-mana peringkat untuk PRU akan datang.

Katanya, semua perkara memerlukan penelitian dan perbincangan antara pihak di dalam gabungan parti itu.

Menurutnya, PN perlu tahu formula memilih pemimpin untuk rakyat dan tidak boleh dilakukan dan mengumumkan secara sembrono tanpa penelitian.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya