Jajaran rel utara 211 km Selangor dikenal pasti

Jajaran rel utara 211 km Selangor dikenal pasti

Rel Selangor
AMIRUDIN Shari berucap membentangkan Belanjawan Selangor 2025 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Ke-15, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri mengenal pasti kawasan bagi jajaran rel yang meliputi kawasan Sabak Bernam dan merentasi Sepang sehingga Negeri Sembilan sepanjang 211 kilometer (km).

Laluan itu disokong oleh kemudahan dan kawasan ekonomi seperti Pelabuhan Barat, Klang, Putra Height dan Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, cadangan pengangkutan rel itu dinamakan sebagai Jajaran Rel Kita Selangor yang sedang dikenal pasti kebolehlaksanaan projek tersebut melalui satu kajian yang dijangka selesai pada Januari 2025.

“Pembinaan Jajaran Rel Kita Selangor kelak dijangka akan dapat memberi impak positif yang ketara dari aspek fizikal dan aspek sosio ekonomi di Selangor. Dari aspek ekonomi, projek itu dijangka dapat merangsang pertumbuhan ekonomi di sepanjang koridor serta manfaat dalam jangka masa pendek dan panjang.

“Projek itu juga dijangka akan membuka banyak peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung kepada penduduk setempat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2025 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Ke-15, hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Negeri memberitahu kerajaan negeri memberi komitmen untuk meningkatkan kualiti sektor pengangkutan awam yang mampan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.

“Bagi tujuan tersebut, kerajaan negeri akan menambah baik sistem rangkaian perkhidmatan pengangkutan awam melalui pemerkasaan perkhidmatan Demand Responsive Transit (DRT) yang dilaksanakan pada tahun ini dengan pertambahan zon baharu dan konsep pelaksanaan yang lebih meluas dengan kerjasama pengendali perkhidmatan.

“Bagi memperkukuh serta meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam, penggunaan Bas Smart Selangor dan DRT akan dioptimumkan pada tahun 2025,” jelasnya.

Katanya lagi, bagi tujuan memacu dan memperkasa sistem pengangkutan awam secara menyeluruh dan bersepadu pula kerajaan negeri bercadang menjalankan Kajian Pelan Induk Mobiliti Selangor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya