Jaga batas, berlakon dengan isteri lebih mudah - Adam Lee - Utusan Malaysia

Jaga batas, berlakon dengan isteri lebih mudah – Adam Lee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Adam Lee enggan ambil pusing sekiranya dilabelkan pelakon pakej suami isteri gara-gara sering dipasangkan dengan isterinya, Sweet Qismina dalam drama.

Bahkan, Adam atau nama sebenarnya Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee menganggap bergandingan dengan isteri sendiri sebagai satu kelebihan kepadanya.

“Tak ada masalah kalau kami digelarkan pelakon pakej, bagi saya ia satu perkara yang menggembirakan.

“Berlakon dengan isteri sendiri lebih mudah kerana saya tidak perlu risau soal batas berbanding kalau saya berlakon dengan pelakon wanita yang bukan mahram.

“Jadi, saya okey sahaja jika dilabelkan sedemikian. Tambah pula, dunia drama dan filem ini satu perniagaan. Bukankah penerbit juga untung kalau suami isteri diambil berlakon sekali,” katanya.

Adam berkata demikian ketika ditemu pada sidang media teater muzikal Sulalat’Us Salatin di Dewan Bahasa dan Pustaka, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, kata pelakon berusia 30 tahun itu, meskipun berlakon dengan isteri sendiri, dia tetap menjaga batas dan tidak berlebihan ketika melakonkan babak romantis.

“Dengan Sweet juga saya jaga batas. Jangankan disebabkan dia isteri saya, kami berlebih-lebihan tunjuk kemesraan depan kamera.

“Dan jangan kerana dia isteri saya, saya boleh pegang dia sesuka hati ketika kami berlakon bersama kalau berlebihan, nanti penonton meluat juga,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya