Isu U Mobile: Nasib Hassan Karim diketahui hari ini

Isu U Mobile: Nasib Hassan Karim diketahui hari ini

HASSAN Karim (kiri) bertanya khabar pada Mohd Rudi Abdul Rahman (kànan bapa arwah Mohd Ridzwan bersama isteri Linda Mohd A.Aziz akibat kemalangan maut) di Block 51, Taman Cendana, Pasir Gudang disini hari ini. - UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Nasib Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang dipanggil Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mengkritik keputusan kerajaan mengenai lantikan syarikat U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua, diketahui hari ini.

Menurut Hassan, beliau bersedia menerima segala keputusan Mesyuarat Pimpinan Pusat yang dipengerusikan oleh presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau meletakkan kepercayaan kepada parti yang sanjungi itu dan tidak akan merayu termasuk sekiranya dikenakan hukuman digantung atau dipecat keahlian parti.

“Khamis lalu, saya dipanggil dalam sesi pendengaran atau perbicaraan dengan lembaga disiplin parti namun belum ada keputusan. Mereka hanya memberikan pandangan (dalam sesi tersebut) lembaga disiplin.

“Selepas ini mereka akan rujuk Biro Politik PKR dan lepas itu Majlis Pimpinan Pusat PKR yang dipengerusikan Presiden PKR, keputusan akan diputuskan esok,” kata Hassan selepas melakukan lawatan kerja aduan penjaja di hadapan Sekolah Agama Taman Scientex, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hassan berkata, pihaknya akan menghormati sebarang keputusan lembaga disiplin parti itu dan tidak mahu memberi kenyataan yang boleh  mempengaruhi ketetapan itu nanti.

Bagaimanapun, Hassan memuji tindakan profesional lembaga disiplin parti yang menghantar surat memohon tunjuk sebab terlebih dahulu serta meminta memberi jawapan dalam masa tujuh hari.

“Saya menjawab surat itu dan dipanggil untuk dibicara dan mereka dengar (penjelasan), dari segi itu saya pujilah kepada parti ini, dia buat apa yang dia cakap dalam soal ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya