Isu Rohingya masuk Malaysia: Kerajaan pastikan kesahihan maklumat

Isu Rohingya masuk Malaysia: Kerajaan pastikan kesahihan maklumat

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti kesahihan maklumat terlebih dahulu sebelum tindakan dapat diambil berhubung  dakwaan kononnya 100,000 etnik Rohingya akan memasuki negara ini secara  haram.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, maklumat tersebut akan diambil daripada agensi perisikan negara dan bukan bergantung kepada satu pihak sahaja. 

“Saya sudah biasa dalam kes sebegini dan enggan mengulas daripada satu maklumat sahaja. Saya akan dapatkan dulu maklumat tepat dan sahih. 

“Ini kerana perkara ini berkaitan fungsi dan keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan percaya kalah melibatkan jumlah besar,  ia semestinya menimbulkan satu situasi di mana pihak bertanggungjawab akan bertindak. Maka saya fikir buat masa ini kita bersandarkan pada ketetapan maklumat agensi perisikan kita,” katanya dalam  Majlis Gema Bahasa dan Sastera di sini semalam. 

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan lebih 100,000 etnik Rohingya dijangka memasuki negara ini secara haram dan berterusan selagi konflik di Rakhine belum reda.

Ketika ini, tentera Myanmar masih meneruskan operasi ketenteraan dengan menyasarkan baki etnik Rohingya di negeri itu, selain berdepan pemberontakan pasukan tentera Arakan (AA).

Menurut Presiden Organisasi Rohingya Burma UK (BROUK), Tun Khin berkata, Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun depan perlu secara terbuka dan tegas menggesa tentera Arakan dan Myanmar supaya menghentikan kekejaman terhadap etnik Rohingya.UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya