Isu ‘pengkhianat’ hangatkan DUN Sabah

Isu ‘pengkhianat’ hangatkan DUN Sabah

RINA JAINAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Isu pengkhianat melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pernah melompat parti menghangatkan suasana persidangan DUN Sabah, hari ini.

Ucapan perbahasan Datuk Rina Jainal (Gagasan Rakyat-Kukusan) yang mengungkit tentang sejarah politik menyebabkan beliau diserang oleh ADUN-ADUN Warisan.

Rina berkata, selepas dua tahun berada di blok pembangkang, beliau memilih memberi sokongan kepada kerajaan.

“Tidak perlu cerita masalah dalaman, saya minta maaf kecewakan pasukan saya. Disebabkan sakit hati, mereka panggil saya pengkhianat. Pengorbanan semasa menjadi penaja dilupakan. Dalam politik kalau telinga terlalu nipis memang hari-hari kita muat naik status,” katanya.

Kenyataan yang dibuat ADUN Kukusan itu menyebabkan beberapa ADUN Warisan mencelah ucapan perbahasannya dengan meminta agar sangkaan jahat yang dibuat ditarik balik.

Sarifuddin Hata (Warisan-Merotai) meminta agar Rina menarik semula kenyataan yang dibuat bahawa sebagai penaja tiada apa yang diberikan oleh Warisan terhadapnya sedangkan Warisan telah meletakkan dia sebagai calon.

Kata Sarifuddin, Warisan telah memberikan apa yang sepatutnya dan meminta ADUN Kukusan memberi fokus kepada pembentangan belanjawan dan bukan menyentuh isu politik.

“Tak perlu hurai, orang di luar pun tahu siapa pengkhianat. Tak perlu mahu ulas. Kalau mau cakap soal belanjawan cakap..tak perlu ulas dan tuduh bahawa sayalah (ADUN Kukusan) yang terbaik melompat,” katanya.

Rina kemudian menyatakan tidak ada apa yang perlu ditarik balik kerana apa yang diperkatakan itu merujuk kepada pengorbanannya semasa menjadi penaja yang dilupakan kerana berpindah sokongan kepada kerajaan.

Tindakan Rina terus menyentuh tentang isu politik dalam ucapannya menyebabkan Timbalan Speaker, Datuk Richard Yong mengarahkan ADUN Kukusan itu bertenang.

“Teruskan ucapan berkenaan perbekalan. Saya sudah arahkan YB teruskan ucapan, jangan beralih kepada perkara lain. Ini perbahasan bukan bergaduh. Saya minta teruskan ucapan berkenaan perbekalan bukan berkenaan sejarah (politik),” katanya.

Sejak PRN Sabah 2020 dan selepas kemelut politik Langkah Kinabalu pada Januari 2023, ADUN Kukusan antara 11 ADUN Warisan yang bertindak keluar parti bagi menyertai parti lain di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya