Isu pelakon dibuli, Fahmi Fadzil saran lapor polis - Utusan Malaysia

Isu pelakon dibuli, Fahmi Fadzil saran lapor polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Sekiranya ada mana-mana pihak yang merasakan mungkin mereka dianiaya atau dibuli, mereka boleh membuat laporan polis.”

Demikian saranan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kepada pelakon baharu yang mendakwa dirinya menjadi mangsa buli di lokasi penggambaran.

Dalam masa sama, Fahmi turut menasihatkan agar setiap pihak dapat menghormati antara satu sama lain selain fahami batas dan hak masing-masing.

“Saya teliti perkara ini, saya nasihatkan agar kita perlu pastikan tempat kerja bagi pelakon, bukan hanya pelakon sebenarnya, tetapi semua yang terbabit dalam produksi, mereka perlu dihormati.

“Pada masa sama, kita perlu fahami batas dan hak masing-masing,” katanya.

Menteri Komunikasi itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-33 di Studio Sound Stage, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di sini, baru-baru ini.

Fahmi mengulas perkara tersebut selepas mengambil maklum mengenai dakwaan wujudnya budaya buli di antara pelakon senior dan junior yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Sementara itu, Fahmi turut memohon penggiat seni mengambil pendekatan untuk berdamai demi menjaga keharmonian industri lakonan tanah air.

“Saya mohon semua pihak lebih mendekati cara untuk mendamaikan. Kita belajar daripada insiden sebab kita sedar industri perfileman ini bukan besar.

“Mereka yang terbabit balik-balik junpa orang sama.
Jadi, kita kena berkarya dengan baik dan bersikap adil sesama kita. Inilah nasihat saya,” jelasnya.

Terdahulu, kontroversi itu tercetus selepas seorang pelakon baharu mendakwa ada kalangan pelakon senior membuli pelapis baharu di set penggambaran sekaligus nenimbulkan perbahasan dalam kalangan penggiat seni.

Bagaimanapun, rata-rata pelakon senior dan pengarah menganggap perkara itu merupkan sebahagian daripada proses melahirkan pelapis seni yang bermutu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya