Israel memang negara haram - Tun M

Israel memang negara haram – Tun M

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Israel tidak pernah wujud kerana ditubuhkan secara haram tanpa pungutan suara dalam kalangan penduduk Palestin seperti yang dilaksanakan Persekutuan Tanah Melayu sebelum penubuhan Malaysia.

Pungutan suara sebelum mewujudkan Malaysia diadakan di Sarawak, Sabah dan Singapura.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terkenal dengan kelantangannya terhadap Israel berkata, Malaysia tidak pernah mengiktiraf negara tersebut.

Beliau bahkan menyifatkan Israel sebagai ‘memang negara haram’.

“Tetapi jika Israel iktiraf Palestin, Palestin akan iktiraf Israel. (Bekas Perdana Menteri Palestin, Yassir) Arafat bersetuju. Kita juga setuju.

“Tetapi hingga sekarang, Israel tidak iktiraf Palestin. Hanya iktiraf Palestine Authority (Penguasa Palestin),” katanya di Facebook miliknya hari ini.

Dr. Mahathir berkata, sepanjang masa Malaysia sentiasa mengiktiraf negara Palestin bahkan menerima Duta Palestin di negara ini.

“Jangan samakan persetujuan menerima cadangan dua negara dengan pengiktirafan Israel.

“Israel sebenarnya tidak wujud kerana ditubuh secara haram tanpa plebiscite (pungutan suara) dikalangan penduduk Palestin seperti yang Malaysia adakan di Sarawak, Sabah dan Singapura,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, beliau sendiri tidak pernah mengiyakan adanya Israel atau haknya untuk kawal keselamatannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya