Ira Kazar mahu masuk kelas vokal, rendah hati terima teguran - Utusan Malaysia

Ira Kazar mahu masuk kelas vokal, rendah hati terima teguran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas isteri pengarah popular, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berlapang dada menerima teguran mengenai persembahannya di sebuah acara pelancaran produk, baru-baru ini.

Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin bertekad mahu serius menceburi bidang nyanyian selain berhasrat mendaftarkan diri ke kelas vokal.

“Terima kasih Cikgu Adzrin atas teguran yang saya sangat perlukan.

“Nanti saya datang kelas Cikgu,” tulisnya di Instagram pada Rabu.

Ira berkata demikian ketika memberi respons kritikan seorang guru vokal terkenal aplikasi TikTok, Adzrin Adzhar, mengenai video nyanyiannya yang tular.

Dalam video berkenaan, Adzrin menyifatkan Ira berbakat untuk bernyanyi selain mempunyai ton suara yang tersendiri.

Namun begitu, Ira kelihatan tidak cukup nafas kerana banyak bergerak dan kurang stamina menampung lontaran suara.

Terdahulu, Ira tampil membuat kejutan dengab menyanyikan lagu Jangan Kau Mimpi dendangan asal Allahyarham Siti Sarah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya